Saturday, May 30, 2015

Resepi Cara Membuat Pizza Ayam

Resepi Cara Membuat Pizza Ayam Hari ini saya ingin kongsikan Resepi Cara Membuat Pizza Ayam. Resepi ini saya ambil dari facebook Manis-Manis Coklat.

BAHAN-BAHAN

200 grm tepung gandum
125 ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1-2 sudu besar shortening

BAHAN UNTUK TOPPING :

1 tin sos speghetti PREGO TRADITIONAL - secukupnya
1-2 ketul dada ayam
1 sudu kecil mix italian herbs
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Cheese monzarella
Cheese cheeder
cili capsicum - potong nipis-nipis
nenas tin - potong kecil-kecil

Cara Masak Toppinng Ayam Untuk Diletakkan diatas Pizza.

Potong bawang besar dan cincang halus bawang putih .Dada ayam dipotong nipis dan dicincang . Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang sampai layu kemudian masukkan semua dada ayam dengan mix herbs serta cili capsicum serta garam secukup rasa . Biarkan ayam ini cukup masak, tutup api dapur dan ketepikan.

Cara Untuk Membuat Doh Pizaa :
  • Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung , tuang bancuhan yis dan air suam kemudian digaul tepung dan boleh dimasukkan air suam . Gaul adunan hingga menjadi doh . Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10 -15 minit) . Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang bersih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.
  • Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je . Cucuk pada seluruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 15 -20 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk .
  • Sapu sos bolognese Prego pada pemukaan doh tadi , kemudian boleh la susun topping ayam dengan cili capsicum , nenas dan last sekali taburkan keju monzarella serta keju cheedar . Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 20-25 minit pada suhu 180'C celcius sehingga topping masak kekuningan

Friday, May 29, 2015

Cara Buat Roti, Pizza dan Donut

Cara Buat Roti, Pizza dan Donut

Bahan-bahan :
500g tepung high protein(saya guna tepung gandum je)
1 paket yis mauripan(11gm)
1 biji telur
2 sudu besar susu tepung
1/2 cawan gula
1 sudu kecil bread improver & conditioner
1 sudu kecil dough/bread softner
1/2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar marjerin/butter
secubit garam
200 ml air sejuk(dari dlm peti ais)

Cara-cara :
campur semua bahan diatas kecuali air.gaul sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli.uli hingga adunan elastik dan tidak melekat ditangan..(saya uli guna breadmaker)
Emotikon smile

rehatkan doh selama 1/2 jam atau hingga naik 2kali ganda.
bolehlah bentuk adunan mengikut kesukaan.

selamat mencuba

***nota***

donut cheese : bentukkan doh menjadi donut.goreng hingga kekuningan.sapukan susu pekat dan parutkan cheddar cheese diatasnya.

pizza : canai leper doh.sapukan sos spagethi prego.hiaskan dengan sosej dan crabstick.taburkan mozarella/cheddar/parmesan. cheese.taburkan sedikit oregano.bakar pada suhu 200 selama 20-25minit atau hingga masak.

mini pizza tanpa cheese :
canaikan leper doh.sapukan sos prego.hiaskan sosej dan crabstik.jalurkan sos cili dan mayonis.bakar pada suhu 200 selama 15-20minit atau sehingga masak.
[boleh tambah sayur frozen(jagung,carot,kacang peas) jika suka]

roti bantal :
bulatkan doh.gelek doh memanjang da leperkan.
sapukan kuning telur/butter pada permukaan atas roti.taburkan parmesan cheese.bakar pada suhu 200 selama 20-25minit atau sehingga masak.

sumber resipi ini

Wednesday, May 13, 2015

Cara Membuat Adunan Roti Pizza

Bahan-Bahan 
  • 500 gram tepung gandum berprotein tinggi.
  • 200 gram tepung gandum berprotein sederhana.
  • 11 gram ragi segera.
  • 25 gram mentega.
  • 50 mililiter air ais.
  • 1 sudu garam.
Cara Membuat

1. Masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk besar, gaulkan sehingga sebati dengan tangan. Kemudian biarkan seketika selama 20 minit.

2. Giling adunan tadi hingga menjadi bulatan berdiameter 15 cm.

3.Ok siap, bolehlah letak  topping diatas adunan tu sebelum dipanaskan didalam oven/ketuhar.

Roti Pizza Mini

Bahan-Bahan
  • 1 ketul doh manis
  • 1 batang sosej
  • Sedikit Sayur campur
  • Mayonis
  • Sos Cili
  • 1 biji kuning telur dan dicampur dengan sedikit Susu segar
  • Mentega
Cara Membuat

1. Leperkan doh manis dan balutkan sosej ditengahnya.

2. Seterusnya ambil pisau dan potong sedikit dibahagian tepinya. Pastikannya tidak terputus.

3. Kemudian bentukkannya jadi kelopak bunga.

4. Ketepikan dalam 1 jam lagi sehingga doh kembali ringan. Tutup rapat doh tersebut.

6. Sementara itu, gaul rata sayur campur bersama mayonis.

7 Apabila doh kembali ringan, aturkan diatas dulang pembakar dan sapukan campuran telur & susu segar tadi keatasnya.

8. Letakkan sayur campur tadi ditengah-tengah roti.

9. Kemudian picitkan sos. Untuk lebih mudah, masukan sos kedalam botol.

10. Masukkan kedalam ketuhar dan bakarkan roti ini dengan suhu 160 darjah celcius menggunakan api penuh lebih kurang 6 hingga 10 minit.

11. Apabila masak, segera keluarkan dari ketuhar dan sapukan permukaan roti dengan sedikit mentega supaya permukaannya lembut dan berkilat.

Cara Membuat Roti Pizza Mini 

Kredit Resepi dan Gambar TryMasak

Tuesday, May 12, 2015

Cara Buat Roti John Serunding



Roti amat sedap dimakan tak kira waktu sama ada sarapan ke atau waktu makan . Roti John ni selalunya dijual dipasar malam atau di pasar ramadan kalau bulan puasa.

Roti John ni ada macam-macam jenis intinya seperti ayam, daging, udang dan lain-lain lagi. Selalunya yang dijual oleh peniaga-peniaga ialah inti ayam dan daging


Bagi mereka yang ingin cuba membuat roti John sendiri di rumah, saya akan menunjukkan cara- cara membuat Roti John Serunding

Bahan-Bahan
  • Roti Gardenia Panjang (ada jual dekat kedai runcit, 1 pek dalam RM 3 atau 4 lebih kalau tak silap)
  • 1 Biji Telur Ayam
  • Serunding ( Serunding Ikan atau Daging tak kisah yang mana pun boleh. dapatkan dikedai-kedai)
  • 1 Sudu Mentega
  • Mayonis
  • Sos Cili atau Tomato (ikut kesukaan)
Cara-Cara Memasak

1. Belah Roti Gardenia panjang kepada 2 bahagian, jangan potong sampai habis (boleh rujuk video dibawah).

2. Pecahkan sebiji telur ayam kedalam mangkuk dan kacau sehingga ia sebati kekuningan.

3. Masukkan 3 sudu serunding kedalam mangkuk yang berisi telur ayam yang dikacau tadi. Kemudian gaulkan bahan-bahan tersebut dengan sudu atau garpu hingga sebati.

4. Masukkan 1 sudu mentega kedalam "kuali rata" dan panaskan sehingga cair .(Boleh tengok dalam video dibawah macam mana bentuk kuali rata tersebut).

5. Kemudian masukkan telur dan serunding yang digaul tadi kedalam kuali tersebut.

6.Biarkan campuran telur dan serunding tadi masak sedikit, kemudian letakkan Roti Gardenia panjang yang dibelah 2 tadi sebelah menyebelah diatas campuran bahan-bahan dalam kuali tadi.

7. Selepas beberapa ketika alihkan roti tadi atas dan kebawah (boleh rujuk video dibawah). Kemudian apabila sudah masak bolehlah angkat roti John tadi dan letakkan kedalam pinggan.



Cara-Cara Penyedian Roti John

1. Sapukan Mayonis sehingga rata dibahagian dalam Roti John yang telah dimasak tadi. Sapu sebelah sahaja.

2.  Sapu Sos Cili atau Sos Tomato disebelah bahagian satu lagi.

3 Taburkan serunding dibahagian tengah Roti John tadi. Selepas itu kapitkan. Anda boleh potong roti John tersebut kepada 2 bahagian kalau mahu. (boleh rujuk video dibawah).

Panduan Cara Membuat Roti John Serunding

Kredit Resepi Dan Gambar

Sunday, May 3, 2015

Cara Buat Roti

Anda suka makan roti? Jom kita belajar cara membuat roti ni sendiri. Dengan cara membuat roti sendiri, kita dapat menjimatkan wang belanja kita dan yang lebih penting roti yang dihasilakan mesti sedap. Ops.. betul ke sedap..hehe..

Sedap tak sedap lain cerita, tak cuba tak tahu kan.Mula-mula mungkin tak berapa sedap, tapi kalau ada panduan atau tunjuk ajar yang betul dari yang pakar, Insyaaalah, roti yang dihasilkan itu sedap dan lembut untuk dimakan.

Saya ni pun bukan reti buat roti ni, tapi setelah 'mengoogle' jumpa jugalah resipi buat roti ni.



Roti bun inti kacang merah...

Roti bun tabur cheddar cheese dan gula...
Bahan- Bahan
250 gram Tepung Roti / High Protein
50 gram Margerin (acik guna margerin Pelangi)
50 gram Gula Kastor
1 sudu kecik Yis kering
1/2 sudu kecik Bread Improver
1 sudu kecik Tepung Susu atau Susu Pekat
1/2 sudu kecik Garam Halus
1 biji Telur Gred B
105 ml/gram  Air Suam  (kalau guna mixer kena letak air sejuk)
Cara-caranya :-

Masukkan semua bahan-bahan dalam 1 bekas kecuali air, yis dan gula...

Sebelum tu kita kena bancuh air suam dan gula...kemudian baru letak yis..kacau dan biar hingga berbuih..


Kemudian kita masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi.Gaul sehingga  rata...kemudian kita keluarkan dan uli diatas dulang. Kalau di rumah anda ada meja aluminium atau meja marmar lagi senang uli di atas meja tu saja..tapi kalau takde, uli atas dulang macam acik ni pun boleh juga... uli guna tangan lebih kurang 5 minit... 

Pastu tutup dengan plastik...biarkan selama 30 minit..

Lepas 30 minit, doh pun dah kembang..

Bulat-bulatkan doh...lumurkan tangan dengan sedikit tepung untuk bagi tak melekat sangat dekat tangan dan nak bagi doh tu nampak licin sikit..

Kalau nak letak inti, bulat-bulatkan inti tu dulu...


Isi inti dalam doh roti, kemudian susun dalam loyang yang dah  disapukan dengan margerin...1 loyang acik buat ada inti...1 loyang lagi acik biar kosong aje... tutup loyang dan biarkan selama 45minit - 1 jam..

Untuk sapukan atas doh tu, guna 1 biji telur campurkan 2 sudu besar air atau susu segar...


Bila doh dah kembang baru kita sapukan bancuhan telur tu..

Yang ada inti kacang merah tu acik taburkan bijan..

Yang takde inti ni acik cuma taburkan cheddar cheese dan sedikit gula pasir..

Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 18 darjah celcius atau mengikut kesesuaian suhu oven masing-masing..

Bila dah keluarkan dari oven, kita terus sapukan dengan sedikit margerin untuk bagi nampak berkilat..


Nampak lembut je kan..



Selamat Mencuba :)

Resepi, Cara Buat Roti & Gambar  tu Saya Ambil Dari Blog Zalin