Wednesday, October 21, 2015

How To make Roti Capati

Cara Buat Roti Puding



Resipi Roti Puding ini diambil dari Dahlia's Kitchen

Bahan-Bahan
  • 1 Buku Butter (250grm) ( 3/4 utk Rendaman Roti, 1/4 utk Sauce ) 
  • 2 Tin Susu Cair 
  • 1 Sudu Makan Vanilla Esen 
  • 1 Sudu Teh Cinnamon Powder 
  • 4 Biji Telur 
  • 1/2 Cawan Gula Halus 
  • 4 Sudu Besar Brown Sugar 
  • 1 Bantal Roti 
  • 1 Genggam Badam Slices 
  • 1 Cawan Kismis 
  • Hirisan Nenas, Apple, Peach atau Pisang ( citarasa masing2 ) '' 

Cara-Cara membuat Roti Puding, Sila Rujuk Pada Video Toturial

Cara Buat Roti Jala Dan Kuah Kari Ayam



Bahan-Bahan untuk Roti Jala
  • 3 cawan tepung gandum. 
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak 
  • 1 Biji telur 
  • 1 1/2 cawan air 
  •  1 1/2 cawan susu segar 
  • 1 sudu kecil pewarna kuning telur 
  • 1 sudu besar Maggi Cukup Rasa.  
Bahan-Bahan untuk Kari Ayam
  • 150 gram hirisan ayam
  • 2 biji kentang dipotong empat
  • 1 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 6 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 inci halia (dihiris)
  • 1 keping asam keping
  • 150ml santan
  • 1 1/2 sudu kecil rempah kari.
  • 1 biji kayu manis.
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga.
  • 1 sudu besar Maggi Cukup Rasa. 
  • 7 helai daun kari
  • Air secukupnya
  •  1 sudu besar Maggi Cukup Rasa. 
Cara Membuat Roti Jala Dan Kuah Kari Ayam
 


kredit gambar& video TryMasak

Saturday, October 17, 2015

Cara Membuat Roti Bun Kentang


Berikut adalah kaedah membuat roti bun kentang.

Bahan-Bahannya

  • 100 gram tepung roti
  • 100 gram potato flakes
  • 300 gram mentega
  • 300 gram susu segar
  • 350 gram telur
  • 200 gram gula
  • 13 gram yis
  • 8 gram pelembut roti
  • 10 gram susu tepung
  • 10 gram garam
Bahan-Bahan 2 (untuk diletakkan diatas roti sebagai topping)
  • 50 gram tepung kastard segera
  • sedikit air
  • 1 biji kuning telur dicampurkan dengan sedikit susu segar
  • sedikit mentega untuk mengilatkan roti setelah siap dibakar.
Cara Membuat Roti Bun Kentang 

Langkah 1
  1. Masukan tepung roti kedalam pengadun diikuti ptato flakes, gula, susu tepung, garam, pelembut roti dan yis. Adun sehingga sekata bahan-bahan ini.
  2. Kemudian masukkan pula mentega serta telur. Adun lagi sambil-sambil tu masukkan susu segar sedikit demi sedikit.
  3. Adun sebati bahan-bahan tersebut sehingga benar-benar lembut dan menjadi doh.
  4. Keluarkan dari pengandun dan uli lagi doh tersebut menggunakan tangan beberapa ketika.
  5. Basahkan tuala bersih dan keringkan airnya dan gunakan untuk menutup doh.
  6. Rehatkan doh ini pada suhu bilik lebih kurang  1 jam. Doh ini akan membesar 2 kali ganda daripada saiz asal.
Langkah 2
  1. Apabila doh tersebut telah mengembang secukupnya. Uli dan bulatkan kecil kecil sekata doh tersebut.
  2. Aturkan diatas dulang pembakar. Ketepikan lebih kurang 1 jam lagi supaya doh kembali ringan.
Langkah 3
  • Sementara itu campurkan tepung kastard bersama dengan sedikit air dan kacau rata.
Langkah 4
  • Setelah doh roti kembali ringan, sapukan dengan campuran kuning telur dan susu keatas doh roti tadi.
  • Kemudian picit kastard yang dibancuh tadi ke atas doh roti. Untuk lebih mudah masukkan kastard kedalam botol. Picitkan kastard tersebut mengikut corak dan kreativiti masing-masing.
  • Masukkan kedalam ketuhar dan bakar roti ini dengan suhu 160 darjah celcius.Gunakan api penuh lebih kurang 6 sehingga 10 minit.
Langkah 5 
Apabila masak, segera keluarkan dari ketuhar dan sapukan permukaan roti ini dengan sedikit mentega supaya lembut dan berkilat. Setelah siap, bolehlah dihidangkan untuk dimakan.


kredit resepi & gambar Roti Bun Kentang

Puding Roti Berkuah Kastard



Anda pernah buat Puding Roti ? Mesti sedapkan? Kalau yang belum pernah buat dan ingin ingin cuba buat, hari ni saya nak ingin kongsikan cara memebuat Puding Roti Berkuah Kastard. Resepi ini saya ambil dari Trymask.my

Bahan untuk Membuat Puding
  • 10 keping roti.
  • 3 cawan susu rendah lemah
  • 4 biji telur ayam.
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 4 sudu besar kismis
  • sedikit marjerin (untuk disapu pada loyang)
Bahan untuk Membuat Kuah Kastard
  • 2 cawan susu rendah lemak.
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh esen vanila.
  • 2 sudu besar tepung kastard.
Cara Membuat Puding Roti

Langkah 1
  • Mula-mula sapu rata loyang dengan marjerin.
  • Kemudian masukkan roti yang dicarik kasar berselang seli dengan kismis. Selepas siap, ketepikan sebentar.
Langkah 2 
  • Kemudian masukkan susu, gula, esen vanila dan telur kedalam mangkuk.
  • Kacau sehingga gula larut dan sebati.
  • Selepas itu tuangkan bahan ini ke dalam loyang yang berisi roti dan kismis tadi.
  • Tekan sedikit supaya roti tenggelam dan dapat menyerap bahan-bahan tersebut.
  • Masukkan loyang kedalam ketuhar/oven dan bakar pada suhu 200 darjah celcius antara 30 hingga 40 minit
Sementara menunggu puding roti dibakar. bolehlah kita sediakan kuah kastard.

Cara Membuat Kuah Kastard
  • Masukkan susu,gula,esen vanila dan tepung kastard ke dalam periuk. Selepas itu kacau rata.
  • Kemudian masak diatas dapur dengan api yang kecil.
  • Kacau selalu sehingga kuah sedikit pekat.
  • Setelah pekat boleh diangkat dan disejukkan.
Selepas puding roti sudah masak, tuangkan kuah kastad ini diatas puding tersebut. Selamat mencuba. 
Puding Roti Berkuah Kastard