Saturday, October 17, 2015

Puding Roti Berkuah Kastard



Anda pernah buat Puding Roti ? Mesti sedapkan? Kalau yang belum pernah buat dan ingin ingin cuba buat, hari ni saya nak ingin kongsikan cara memebuat Puding Roti Berkuah Kastard. Resepi ini saya ambil dari Trymask.my

Bahan untuk Membuat Puding
  • 10 keping roti.
  • 3 cawan susu rendah lemah
  • 4 biji telur ayam.
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 4 sudu besar kismis
  • sedikit marjerin (untuk disapu pada loyang)
Bahan untuk Membuat Kuah Kastard
  • 2 cawan susu rendah lemak.
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh esen vanila.
  • 2 sudu besar tepung kastard.
Cara Membuat Puding Roti

Langkah 1
  • Mula-mula sapu rata loyang dengan marjerin.
  • Kemudian masukkan roti yang dicarik kasar berselang seli dengan kismis. Selepas siap, ketepikan sebentar.
Langkah 2 
  • Kemudian masukkan susu, gula, esen vanila dan telur kedalam mangkuk.
  • Kacau sehingga gula larut dan sebati.
  • Selepas itu tuangkan bahan ini ke dalam loyang yang berisi roti dan kismis tadi.
  • Tekan sedikit supaya roti tenggelam dan dapat menyerap bahan-bahan tersebut.
  • Masukkan loyang kedalam ketuhar/oven dan bakar pada suhu 200 darjah celcius antara 30 hingga 40 minit
Sementara menunggu puding roti dibakar. bolehlah kita sediakan kuah kastard.

Cara Membuat Kuah Kastard
  • Masukkan susu,gula,esen vanila dan tepung kastard ke dalam periuk. Selepas itu kacau rata.
  • Kemudian masak diatas dapur dengan api yang kecil.
  • Kacau selalu sehingga kuah sedikit pekat.
  • Setelah pekat boleh diangkat dan disejukkan.
Selepas puding roti sudah masak, tuangkan kuah kastad ini diatas puding tersebut. Selamat mencuba. 
Puding Roti Berkuah Kastard

No comments:

Post a Comment